Sunday, 19 June 2011

Rancangan TV kulinari paling popular & ilmiah


Media massa memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Kali ini, saya dengan sukacitanya ingin berkongsi pada semua mengenai rancangan tv yang paling popular dan penuh dengan pengisian ilmiah dalam bidang seni kulinari.Program utama yang menyiarkan rancangan-rancangan ini ialah seperti Asian Food Channel (AFC), Travel & Living Channel (TLC), DIVA Channel, Astro Living Inspired (Li) dan banyak lagi. Berikut ialah rancangan yang paling popular :)
Chef Wan
Chef Jamie Oliver

Chef Andrew Zimmern


Chef Gordon Ramsay


Chef Robert L. Rainford

Chef Buddy Valastro

Chef Micheal Smith

Chef Jamie Oliver

Saturday, 28 May 2011

Saturday, 23 April 2011

Bahan Penstabil Makanan (Stabilizer)



  • Penstabil ( stabilizer ) ialah bahan yang ditambah ke dalam makanan untuk menghalang sebatian daripada terasing. 
  • Kegunaannya didalam makanan adalah untuk memastikan sesuatu campuran makanan tidak terasing, contohnya mendapan tidak terbentuk dalam  minuman kordial. 
  • Ianya juga menghalang pembentukan hablur ais yang merosakkan tekstur ais krim. Lebih jelas disini penstabil ialah digunakan untuk memastikan sesuatu campuran makanan itu tidak terasing.
  •  Berikut adalah contoh bahan penstabil yang selalu digunakan dalam industri pemakanan
Gloseril Monostearat - pemekat dan pengemulsi di dalam marjerin dan lemak haiwan

Silikon Dioksida Amortos - semasa pemproses bir

Asid Algenik dan Garam Natrium - ais krim, keju, halwan dan yogurt

Metil Selulosa - sapuan lemak rendah

Natrium karboksimel selulosa - jeli
Distilled Monoglyceride


Thursday, 21 April 2011

Teknik memilih TELUR yang baik




Ada beberapa teknik dalam memilih telur yang  baik iaitu:
  • Kulit telur masih baik dan tidak retak
  • Jika dilihat/diteropong pada sinar matahari, telur akan nampak jernih.
  • Telur akan tenggelam jika dimasukkan ke dalam air
  • Telur tidak berbunyi jika digoyang-goyang
  • Kuning telur masih bulat dan terletak di tengah-tengah (pejal)
  • Telur tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
p/s: Telur yang sudah tersimpan lama, ruang udaranya akan semakin besar akibat kekurangan kadar air dalam telur. Putih telur akan beransur-ansur menjadi cair yang kemudian diikuti oleh bahagian kuning sehingga bahagian putih dan bahagian merah akan menjadi satu. Maka kemudiannya, telur akan mengeluarkan bau busuk dan ringan. 
Saiz telur mengikut gred


Tips dari Master Chef Sabri

ok ok ok .. korang semua nak tahu mengenai tips-tips dalam pertandingan memasak??? Tips ni berguna la bile korang semua menyertai MasterChef Malaysia ke, iron chef ke, myskill ke, apa2 competition la kan.. So tips ni dari Master Chef Sabri. oh by the way jangan lupe lawati blog Chef Sabri ok chefsabri.blogspot.com





·        Tips utk menang pertandingan memasak ialah :-
  • Markah rasa 30%
  • Markah presentation 20%
  • Markah practical cooking 30%
  • Markah hygiene @ safety 20%
  • Jadi pasti sedap,beraroma dan hiasan yang ringkas
  • Tak payah nak fussio atau advanced sangat

MANA SATU JUS TERBAIK??


Praktikal. Ini adalah salah satu alasan mengapa orang lebih suka memilih jus buahan yang boleh diminum secara terus. Sayangnya, jus tidak tahan disimpan lama dan harganya lebih mahal.
Bila ingin menyimpan jus buahan dan boleh menyajikannya bila-bila masa, anda digalakkan memilih jus dalam bentuk larutan pekat atau dari jenis serbuk. Ini kerana kadar air di dalam jus pekat ini adalah rendah (kurang dari 5%). Simpan di tempat kering.
Berbeza dengan sari buah serbuk, jus pekat paing sesuai disimpan pada suhu rendah. Perkara ini boleh dilihat dari contoh berikut. Larutan pekat lemon yang disimpan pada suhu 18˚c akan mempunyai kualiti dan kandungan zat terbaik. Dengan disterilkan, suhu penyimpanannya boleh lebih tinggi lagi iaitu 12˚c.
Dari hasil penyelidikan,didapati bahawa larutan pekat lemon ini tidak mengalami perubahan aroma ketika ditambahkan air walaupun telah disimpan selama 10 bulan. Penyimpanan di atas suhu 12˚c akan mempercepatkan proses pencoklatan pada jus buah.
Rasa pahit setelah meminum jus biasanya disebabkan adanya penggunaan pemanis buatan seperti sakarin atau siklamat.

Bagi peniaga, penggunaan bahan ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan produk kerana rasanya lebih manis dari gula. Tetapi penggunaan pemanis tiruan ini akan boleh menggangu kesihatan.
Jus buahan yang dijual dengan harga murah biasanya hanya menggunakan esen atau rasa tiruan tanpa menggunakan sari buah asli. Jika warna tajam, biasanya ia menggunakan pewarna yang bukan untuk makanan.

PERBEZAAN YIS DAN RAGI

Apakah perbezaan mengenai yis dan ragi?
  • Antara yis dan ragi ialah sama sahaja tetapi ragi digunakan untuk membuat tapai dan bentuknya bulat berwarna putih kecil.
  • Ianya perlu di hancurkan dan di tapis ke atas pulut (untuk tapai pulut) atau ubi untuk tapai ubi.
  • Yis digunakan untuk membuat roti ia dikenali sebagai ibu roti. Terdapat dua jenis yis iaitu yis basah dan yis kering iaitu berbentuk sebuk seperti mauripan. Yis basah mesti dibiarkan pada suhu bilik, dicampurkan dengan air suam dan gula kemudian dibiarkan hingga berbuih barulah digaul dengan tepung.
  •  Sementara yis segera boleh terus di campurkan ke dalam adunan dan terus di uli.
Ragi

Yis kering