Praktikal. Ini adalah salah satu alasan mengapa orang lebih suka memilih jus buahan yang boleh diminum secara terus. Sayangnya, jus tidak tahan disimpan lama dan harganya lebih mahal.
Bila ingin menyimpan jus buahan dan boleh menyajikannya bila-bila masa, anda digalakkan memilih jus dalam bentuk larutan pekat atau dari jenis serbuk. Ini kerana kadar air di dalam jus pekat ini adalah rendah (kurang dari 5%). Simpan di tempat kering.
Berbeza dengan sari buah serbuk, jus pekat paing sesuai disimpan pada suhu rendah. Perkara ini boleh dilihat dari contoh berikut. Larutan pekat lemon yang disimpan pada suhu 18˚c akan mempunyai kualiti dan kandungan zat terbaik. Dengan disterilkan, suhu penyimpanannya boleh lebih tinggi lagi iaitu 12˚c.
Dari hasil penyelidikan,didapati bahawa larutan pekat lemon ini tidak mengalami perubahan aroma ketika ditambahkan air walaupun telah disimpan selama 10 bulan. Penyimpanan di atas suhu 12˚c akan mempercepatkan proses pencoklatan pada jus buah.
Rasa pahit setelah meminum jus biasanya disebabkan adanya penggunaan pemanis buatan seperti sakarin atau siklamat.
Bagi peniaga, penggunaan bahan ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan produk kerana rasanya lebih manis dari gula. Tetapi penggunaan pemanis tiruan ini akan boleh menggangu kesihatan.
Jus buahan yang dijual dengan harga murah biasanya hanya menggunakan esen atau rasa tiruan tanpa menggunakan sari buah asli. Jika warna tajam, biasanya ia menggunakan pewarna yang bukan untuk makanan.
No comments:
Post a Comment