Wednesday 20 April 2011

Cooking is my World....

Cooking, food, gourmet, culinary, makanan, minuman, beverages.. terma-terma yang selalu kita dengar dalam dunia masakan. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang akan berminat untuk mempelajari bidang masakan. Bidang masakan menjanjikan kepuasan yang tahap maksima. Tak percaya? terpulanglah kepada anda untuk menentukannya. :)

Seni kulinari atau Culinary art adalah seni masakan, idea dan kreativiti yang ada pada seseorang yang bergelar Chef. Seorang chef yang berjaya perlu mempunyai karisma yang tersendiri jika ingin berjaya. Ambil sahaja contoh chef-chef yang telah berjaya di dalam dunia masakan seperti Chef Wan, Chef Zam, Chef Gordon Ramsay, Chef Jamie Oliver dan ramai lagi. Mereka semua telah berjaya dalam karier masing-masing. Walaupun bergelar Chef Celebrity (chef yang mengecapi populariti dalam media massa), mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam masakan di samping mempunyai idea dan kreativiti dalam menyediakan sesuatu makanan yang hebat.. marvellous~~

Chef Wan
Akhir kata, jom selami dunia masakan. Dunia tanpa makanan akan kelaparan dan kebuluran. Makanan yang baik akan menjadi darah daging untuk tubuh badan. Apa yang penting, PASSION dan MINAT perlu ada jika ingin masuk ke dalam dunia masakan ini.. chow~~
"Nothing would be more tiresome than eating and drinking if God had not made them a pleasure as well as a necessity."  ~Voltaire




No comments:

Post a Comment