Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

TEMPERATURE CONVERSION ON FOOD


Degree Fahrenheit (oF)
Degree Celcius (oC)
32o
40o
140o
150o
160o
170o
212o
275o
300o
325o
350o
375o
400o
425o
450o
475o
500o
0 o
4 o
60o
65o
70o
75o
100o
135o
150o
165o
175o
190o
205o
220o
230o
245o
260o

Tuesday, 28 June 2011

Food Propaganda!!!

Poster propaganda merupakan mesej yang ingin disampaikan secara bergambar dan kreatif. Poster ini digunakan dalam strategi pemasaran atau menarik perhatian di mana poster dijadikan sebagai medium ancaman atau memberi amaran kepada pengguna melalui point-point yang diberikan. Pada kali ini, saya berkongsi kepada anda mengenai "Food Propaganda Poster" di negara barat khususnya di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Berikut adalah poster propaganda yang sangat menarik :-







Sunday, 19 June 2011

Rancangan TV kulinari paling popular & ilmiah


Media massa memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Kali ini, saya dengan sukacitanya ingin berkongsi pada semua mengenai rancangan tv yang paling popular dan penuh dengan pengisian ilmiah dalam bidang seni kulinari.Program utama yang menyiarkan rancangan-rancangan ini ialah seperti Asian Food Channel (AFC), Travel & Living Channel (TLC), DIVA Channel, Astro Living Inspired (Li) dan banyak lagi. Berikut ialah rancangan yang paling popular :)
Chef Wan
Chef Jamie Oliver

Chef Andrew Zimmern


Chef Gordon Ramsay


Chef Robert L. Rainford

Chef Buddy Valastro

Chef Micheal Smith

Chef Jamie Oliver

Saturday, 28 May 2011

Thursday, 21 April 2011

MANA SATU JUS TERBAIK??


Praktikal. Ini adalah salah satu alasan mengapa orang lebih suka memilih jus buahan yang boleh diminum secara terus. Sayangnya, jus tidak tahan disimpan lama dan harganya lebih mahal.
Bila ingin menyimpan jus buahan dan boleh menyajikannya bila-bila masa, anda digalakkan memilih jus dalam bentuk larutan pekat atau dari jenis serbuk. Ini kerana kadar air di dalam jus pekat ini adalah rendah (kurang dari 5%). Simpan di tempat kering.
Berbeza dengan sari buah serbuk, jus pekat paing sesuai disimpan pada suhu rendah. Perkara ini boleh dilihat dari contoh berikut. Larutan pekat lemon yang disimpan pada suhu 18˚c akan mempunyai kualiti dan kandungan zat terbaik. Dengan disterilkan, suhu penyimpanannya boleh lebih tinggi lagi iaitu 12˚c.
Dari hasil penyelidikan,didapati bahawa larutan pekat lemon ini tidak mengalami perubahan aroma ketika ditambahkan air walaupun telah disimpan selama 10 bulan. Penyimpanan di atas suhu 12˚c akan mempercepatkan proses pencoklatan pada jus buah.
Rasa pahit setelah meminum jus biasanya disebabkan adanya penggunaan pemanis buatan seperti sakarin atau siklamat.

Bagi peniaga, penggunaan bahan ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan produk kerana rasanya lebih manis dari gula. Tetapi penggunaan pemanis tiruan ini akan boleh menggangu kesihatan.
Jus buahan yang dijual dengan harga murah biasanya hanya menggunakan esen atau rasa tiruan tanpa menggunakan sari buah asli. Jika warna tajam, biasanya ia menggunakan pewarna yang bukan untuk makanan.

PERBEZAAN YIS DAN RAGI

Apakah perbezaan mengenai yis dan ragi?
  • Antara yis dan ragi ialah sama sahaja tetapi ragi digunakan untuk membuat tapai dan bentuknya bulat berwarna putih kecil.
  • Ianya perlu di hancurkan dan di tapis ke atas pulut (untuk tapai pulut) atau ubi untuk tapai ubi.
  • Yis digunakan untuk membuat roti ia dikenali sebagai ibu roti. Terdapat dua jenis yis iaitu yis basah dan yis kering iaitu berbentuk sebuk seperti mauripan. Yis basah mesti dibiarkan pada suhu bilik, dicampurkan dengan air suam dan gula kemudian dibiarkan hingga berbuih barulah digaul dengan tepung.
  •  Sementara yis segera boleh terus di campurkan ke dalam adunan dan terus di uli.
Ragi

Yis kering